BAB 1 PENDAHULUAN
Di dalam kajian sejarah
terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan
Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di
Jawa). Hal ini menyebabkan putera rajaPalembang yang bernama Parameswara dan
para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Pada waktu
itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah
kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji
Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.Setelah menewaskan penguasa
pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun
1398, Ayudhya telah membuatserangan balas ke atas Singapura. Kemuaidan,
Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tamah Melayu.
Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan
akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.Namun begitu, di dalam kajuan yang
mutakhir, terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan Melaka itu
diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini lahir ekoran kajian yang mendalam
terhadap naskhah Melayu agung, iaitu Sulalatus
Salatin (edisi Raffles, MS18).Walau bagaimanapun, ketika Parameswara sampai
di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parasmewara
menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon
yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan
bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat
perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para
pengikutnya. Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka
berkembang dan kemudiannyamenjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia
terutama pada abad ke-15.
Latar Belakang
Kesultanan Melayu Melaka
merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa
buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan
ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Selain
Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa
buah kerajaan agung lain sebekum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan
Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang
berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7
hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan
mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta
kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini
merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa
Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga
berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini. Perkembangan politik
Melaka pada Tahap Awal bermula apabila membuka petempatan di Melaka,
Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan
Melaka mulcul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, Negara
China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan
dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari
Negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi
ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo,
iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang
kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur
Tengah seperti Arab dan Parsi. Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi
Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan
pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya, pada tahun
1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat
kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka
merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormantan ini. Hubungan
baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan
peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya. Selain
pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan
dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit
yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan
China.
Masalah kajian
Dalam usaha untuk
menyelesaikan kajian ini, kami telah menghadapi beberapa kesulitan. Antaranya
ialah, kami tidak dapat memastikan penulisan pergerakan Parameswara sebelum
mengasaskan Melaka untuk kegunaan penulisan latar belakang. Oleh itu, kami
bercadang untuk mencari bahan rujukan untuk mengenal pasti pergerakan
Parameswara sebelum mengasaskan Melaka. Kami telah mengambil tempoh yang agak
lama untuk menyelesaikan masalah ini kerana bahan rujukan yang agak terhad.
Persoalan Kajian
Dalam menyelesaikan kajian
ini, kami juga telah mengenal pasti beberapa persoalan. Antaranya ialah :
1)
Bilakah
tahun sebenar berlakunya pengasasan kesultanan Melayu Melaka di tanah melayu?
2)
Siapakah
pihak yang terlibat dalam pengasasan kesultanan Melayu Melaka?
3)
Bagaimanakah
pengaruh kesultanan Melayu Melaka di negeri Perak dan Pahang?
Objektif kajian
Melalui kajian ini, kami
dapat:
1)
Menjelaskan
sejarah kesultanan Melayu Melaka
2)
Menghuraikan
sejauh mana pengaruh kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang
3)
Menganalisis
perbezaan peranan kesultanan Melayu Melaka dalam mempengaruhi negeri Perak dan
Pahang
Kepentingan kajian
Semasa menjalankan kajian
ini, kami telah mendapat banyak pengalaman daripada bahan-bahan kajian sambil
membuat kajian ini kami juga dapat mengetahui sejarah tentang kesultanan Melayu
Melaka. Kami telah mencari banyak maklumat tentang pengasasan kesultanan Melayu
Melaka. Di samping itu, kami juga telah mencari maklumat tentang pengaruh
pengasasan kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang. Maklumat
yang kami peroleh kami jadikan sebagai bahan rujukan dalam usaha untuk
menyelesaikan kajian ini.
Batasan kajian
Kajian ini dirangkumi dengan
semua meklumat tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka. Kami telah mencari
maklumat tentang bilakah berlakunya pengasasan kesultanan Melayu Melaka di
tanah Melayu. Selain itu, kami juga telah kaji tentang kesan serta pengaruh
pengasasan kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri-negeri Melayu terutamanya
negeri Perak dan Pahang. Kajian kami hanya mengenai semua perkara tentang
pengasasan kesultanan Melayu Melaka dan tidak lebih daripada itu.
Bab 2: Kaedah Kajian
Dalam usaha untuk
menyelesaikan kajian ini kami telah mencari maklumat dalam pelbagai sumber
rujukan antaranya:
1.Buku-buku
rujukan
-Kami telah
meminjam beberapa buah buku rujukan mengenai kesultanan Melayu Melaka daripada
pusat sumber.
2.Internet
-Kami telah
mencari maklumat dari internet dari situ kami dapat mengetahui serba sedikit
tentang Kesultanan Melayu Melaka.
3.Perbincangan
-Kami berbincang
dengan ahli kumpulan.Kami saling berkongsi idea dan pendapat untuk
menyelesaikan kajian kami.
Kaedah kajian yang kami gunakan ialah kajian
perpustakaan untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di
situ.Sumber-sumber yang digunakan oleh kami ialah buku ilmiah,akhbar,majalah
dan sebagainya.Kami juga melayari internet untuk menjalankan kajian kami.
BAB 3: Dapatan Kajian
Hasil daripada
kajian kami,kami mendapat beberapa maklumat tentang Kesultanan Melayu Melaka.
Antaranya :
1.
Kejatuhan Melaka
2.
Pemerintahan kerajaan Melaka
3.
Melaka sebagai kerajaan agung
4.
Pengaruh kesultanan melayu melaka terhadap negeri Perak
dan Pahang
Kejatuhan Melaka
Kegemilangan
Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah
dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Namun, kerajaan Melaka didapati kian merosot
pada akhir abad ke-15,terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor
yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini boleh dikelaskan kepada faktor
dalaman dan luaran.
Faktor-faktor
Dalaman
Kelemahan
pemerintahan Melaka –Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah , beliau
didapati mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya , Sultan Mansur
Syah. Ayahandanya seorang yang gagah,berani dan tegas,namun baginda bersikap
menolak kekerasan. Oleh itu ,tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman
pemerintahan baginda. Hal ini menyebabkan banyak wilayah jajahan cuba
membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Keadaan bertambah buruk
semasa ketakhtaan Sultan Mahmud. Baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah
yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya. Ketika
pemerintahan baginda, berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam kalangan pembesar
.Pengganti-Pengganti Bendahara Tun Perak didapati tidak secergas dan
sebijaksana beliau .Misalnya , Tun Perak
diganti oleh adiknya Tun Perpatih
Putih yang sangat tua dan telah tepok kakinya .Adik kepada Tun Perpatih
Putih yang menggantikan abangnya pula dikatakan seorang yang boros .
Kekurangan :-
1.)
Kelemahan
sistem pertahanan –Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun
Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.
2.)
Kurangnya
perpaduan rakyat Melaka –Semangat
perpaduan rakyat yang lemah juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar
dan rakyat hidup berpuak-puak , misalnya wujud puak tua(kumpulan Sultan Mahmud)
dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman. Demikian juga wujud
pertelingkahan Antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
3.)
Sikap
pembesar-pembesar bersikap tidak adil seperti mengenakan cukai yang berlebihan
kepada pedagang-pedagang. Hal ini menyebabkan pedagang - pedagang menjadi marah
dan mula mencari pelabuhan-pelabuhan lain seperti Aceh,Bentan,Pattani dan
Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
4.)
Pegangan
agama yang lemah-Walaupun agama Islam menjadi anutan dan penyebaran utama di
Melaka , namun pegangan dan penghayatan agama boleh sesetengah pembesar dan
rakyat masih nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.Berlaku perkara seperti
kezaliman , ketidakadilan dan penindasan terhadap masyarakat kegiatan rasuah
dalam kalangan pembesar juga berlelusa.
Faktor-faktor Luaran
Pertamanya ialah penemuan Tanjung
Pengharapan . Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan
penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebebkan kuasa-kuasa Barat mula
berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur. Pelayar-pelayar Portugis juga
mendapat galakan daripada Raja Portugal,Putera Henry. Keinginan Portugis untuk
menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah , menyekat
penguasaan dagangan pedagang-pedagang Islam dan menyebarkan agama
Kristian.Selain itu,terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti
Utimutiraja, seorang pemimpin jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi
pihak Portugis. Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis
sehingga pelan pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Walaupun Melaka menang pada serangan pertama ,
namun gagal mempertahankan kotanya pada serangan kedua. Serangan Portugis pada
24 Julai 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya (yang
terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera) telah berjaya
menundukkan Melaka.
2. Pemerintahan Kerajaan
Melaka
Melalui pemahaman terhadap bentuk
pemerintahan awal di Melaka, kitra dapat menggambarkan system pemerintahan pada
hari ini yang masih diamalkan dalam system beraja negara. Kedudukan paling
tinggi dalam system pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang
di-Pertuan’. Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk Islam,
pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’. Ramai sarjana sejarah bersetuju
bahawa Sultan Iskanda Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk
Islam. Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan
dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.Kuasa dan hak raja
berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakan
pada waktu itu, iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan
‘nobat’. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan protocol diraja yang
melibatkan alat kebesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana. Antara bahasa
istana yang digunakan seperti ‘titah’, ‘patik’, ‘murka’, ‘kurnia’ dan
‘anugerah’/ Istilah-istilah lain pula seperti ‘bersiram’, ‘gering’, ‘berangkat’
dan ‘mangkat’. Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai
pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai
perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang
dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal
ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol
dan adat istiadat istana. Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun
dengan hierarki dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar
Empat Lipatan’. Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan
peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sistem empat orang menteri utama
ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti
syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang,
ulama, mandulika, tentera, mantra, Seri Bija Diraja, bentara chetria, orang
kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16dan 32 tadi. Corak
pentadbiran sebigini membentuk ‘Sistem Kebangsawanan’ di Melaka. Selain kerabat
diraja, system ini melahirkan dua golongan masyarakat, iaitu golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Secara keseluruhannya, system pentadbiran
kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka
terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:
(a)
Kota
Melaka
(b)
Wilayah-wilayah
pegangan/pemakanan
(c)
Wilayah-wilayah
taklukan
(d)
Jajahan-jajahan
takluk
Kota Melaka ditadbir di
bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada
kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk
mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut.Pentadbiran
di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawankan kepada penghulu-penghulu
yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan
ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain. Sementara itu, jajahan-jajahan
takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti
Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan
meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain
di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonami
untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada
kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai
yang ditentukan.
3.
Melaka
sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Kerajaan Melayu Melaka
menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh
dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar
Melaka dikatakan meliputi hamper keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian
timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka pernah menjadi pusat perdangan
dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategic dan menjadi pusat
pertembungan semua saudagar dari timur dan Barat, misalnya dari negara China,
India, Timur Tengah,Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Selain itu, kegiatan
perdagangan yang pesat turut menggalakan penyebaran agama Islam di Melaka dan
akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi
tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan
dianuti oleh sultan serta rakyatnya. Melaka juga berkembang menjadi pusat
penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana
Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan
kesusasteraan.
4.
Pengaruh kesultanan melayu melaka terhadap negeri Perak
dan Pahang Perak
Negeri Perak
Petempatan di Perak telah terbukti
wujud seawal zaman prasejarah dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian
arkeologi di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong,Gua
Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh. Terdapat juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan
kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding. Perak juga pernah disebut
sebagai sebuah negeri bernama ‘Gangga Negara’yang dipercayai wujud pada abad
ke-5 atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung , Perak. Pengasas kesultanan
Perak adalah dari kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis pada
tahun 1511, Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah
tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri
daripada serangan balas oleh Portugis. Ketika di Bentan dan bersemayam di
Kopak, Sultan Ahmad mangkat.Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud
melantik puteranya, iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan, iaitu Puteri
Onang Kening sebagai ‘Raja Muda’. Biarpun begitu,apabila isterinya Raja Fatimah
pula melahirkan putera, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud
melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.Justeru ,apabila
Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan
sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang
berkecil hati dengan peristiwa ini, kemudiannya membawa diri ke Perak dan
ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah. Naskhah
Sulalatus salatin edisi Raffles MS18 mencatatkan bahawa selepas
kemangkatan Sultan Mahmud di Kampar , Raja Muzaffar telah keluar dari negeri
tersebut bersama-sama isterinya Tun Trang dan puteranya Raja Mansur ke Siak.
Dari Siak mereka belayar pula ke Klang. Di Klang , mereka bertemu dengan
seorang pedagang yang berasal Manjung bernama Situmi yang berdagang di Klang.
Beliaulah yang membawa Raja Muzaffar ke Perak lalu ditabalkan sebagai Sultan
Perak. Hal ini bermakna pada abad ke -16 keluarga pemerintah Perak berketurunan
Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan Perak
sehinggalah abad ke -17 apabila keluarga baru muncul dari Pahangdan memerintah
Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan
pemerintah Aceh , iaitu Sultan Iskandar Muda Thani. Pada zaman pemerintahan
baginda di Aceh , Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawah
kekuasaannya. Oleh itu , baginda telah melantik saudara sepupunya daripada
keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak
yang baharu. Beliau digelar Sultan Muzaffar Syah 2. Walaupun Raja Sulong dan
keluarganya menjadi keluarga pemerintah baharu di Perak , sebenarnya keluarga
ini turut mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.
Negeri Pahang
Petempatan awal di Pahang juga
terbukti dengan penemuan arkeologi yang merujuk pada zaman Mesolitik, Noelitik
dan Gangsa. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Lembing , Tembeling dan
Tresang.Nama Pahang juga turut tercatat dalam catatan pengembara-pengembara
terdahulu dengan pelbagai nama. Mengikut catatan pengembara Arab, Eropah dan China ,Pahang ditulis sebagai‘Pam’,`Pan’,`Paam’,`Paon’,`Phaan’,`Phang’,`Pahan’,`Pan-Pan’
dan `Pan-Hang’. Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura.
Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga dari Kesultanan Melaka.Sulalatus Salatin menyebut semasa
pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda, iaitu Raja
Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun Besar kerana bermain sepak
raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu , untuk membalas
perbuatannya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang
dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang
pertama bergelar Sultan Muhammad Syah. Baginda kemudiannya mengahwini puteri
Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu
Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud. Sehingga awal abad ke-17, keturunan
baginda (Sultan Muhammad) yang menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda
yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah
putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut . Implikasinya ,
takhta Pahang diambil alih oleh Keluarga Kesultanan Melaka- Johor , iaitu Raja
Bujang. Pelantikan Raja Bujang telah memulakan dinasti baharu di Pahang, iaitu
daripada jurai keturunan Kesultanan Melaka- Johor dan menamatkan pemerintahan
keluarga keturunan Sultan Muhammad. Rombakan dan konflik berlaku sekali lagi
apabila kerajaan Aceh menyerang Pahang pada tahun 1615 dan 1617 hingga
menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju
dengan pelantikan Raja Bujang di Pahang (ketidakpuasan hati ini berlaku kerana
Aceh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan
dengan Belanda). Oleh itu , Pahang duduk di bawah naungan Aceh dan Raja Bujang
berundur ke Johor. Aceh pula menyerang Johor pada tahun 1623. Namun kali ini,
Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang
digelar Sultan Abdul Jalil Syah 3 sekali gus sebagai Sultan Pahang . Pelantikan
Raja Bujang telah menamatkan kewujudan pemerintah sendiri bagi negeri Pahang
kerana Raja Bujang kini menjadi raja bagi dua buah negeri sekali gus, iaitu Johor
dan Pahang. Pahang Aceh mulai merosot pada tahun 1641, apabila Sultan Iskandar
Muda Thani mangkat dan takhta Aceh diambil alih oleh balunya Puteri Seri Alam
yang bergelar Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah. Kerajaan Aceh didapati
mulai lemah lalu membolehkan Johor
Mengukuhkan kekuasaan mereka termasuklah ke atas Pahang. Sebelum itu,
ketika Johor masih di bawah pemerintahan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil Syah
3), Pahang sebenarnyya diberikan kepada anakandanya , Raja Bajau yang juga
merupakan bakal sultan bagi menggantikan baginda bergelar Yamtuan Muda.
Namun,sebelum sempat menduduki takhta , baginda mangkat pada tahun 1676 dan
kedudukanya diganti oleh putera baginda bernama Raja Ibrahim telah ditabalkan
sebagai sultan Johor-Pahang dan bersemayam di Pahang. Pada tahun 1679, baginda
telah berpindah ke Riau dan kekal bersemayam di sana. Keluarga kesultanan yang
memerintah Johor-Pahang ini kekal sehingga tahun 1699, iaitu sehingga
kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi Melaka. Selepas ini,
didapati bahawa Pahang tidak lai mempunyai kesultanan sendiri (sekalipun
berkongsi). Pada tahun 1699, dinasti Bendahara pula mengambil alih pemerintahan
Johor. Justeru, Sultan Abdul Jalil 4 telah melantik adindannya, Tun Abdul Jamal
sebagai Bendahara dan diberikan wilayah pegangannya di Pahang. Keturunan
Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Keturunan Bendahara
kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Dinasti Bendahara Johor di Pahang
yang mengasaskan Kesultanan Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad. Beliau
menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882. Biarpun begitu, baginda hanya
ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan
Ahmad Al-Muazzam Syah dan kemudiannya
diiktiraf oleh British pada tahun 1887. Dengan pengistiharan rasmi penggunaan
gelaran sultan ini , muncullah sebuah keluarga kesultanan baharu di Pahang yang
kekal sehingga ke hari ini.
BAB 4
PERBINCANGAN DAN PENUTUP
Kesultanan melayu
melaka jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada pengasasan
kesultanan – kesultanan melayu lain, iaitu perak dan pahang. Kerajaan Sriwijaya
telah diserang oleh kerajaan Majapahit menyebabkan parameswara dan para
pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik Singapura telah pun mempunyai politik
tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,Siam.Setelah menewaskan
peguasa parameswara bertakhta di Singapura.Pada tahun 1398,Ayudhya telah
membuat serangan balas ke atas Singapura dan Parameswara dan para pengikutnya
mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di
Muar,seterusnya di Sening Hujung,Bertam dan akhirnya di Melaka pada tahun
1400.Ketika Parameswara di Melaka.Parameswara menamakan kawasan tersebut
Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama’Malaka’.Pada
pandangan yang lain Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat
yang bermaksud ’tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan
Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya,Melaka
berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia
terutama.Pengaruh kesultanan melayu melaka dalam pengasasan Perak dan Pahang terdapat beberapa kebuktian
seperti penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi,terdapat juga
catatan tentang kewujudan kerajaan tua dan penemuan arkeologi dan mewujudkan
carta organisasi. Pengasasan Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan
Melaka,apabila Melaka diserang oleh portugis.Pengasas Kesultanan Perak
ialah,Sultan Muzaffar Shah,putera pemerintah terakhir Melaka,Sultan Mahmud Syah
pada tahun 1528.Pengasas Kesultanan Pahang berlaku dalam dua era iaitu Sultan
Muhammad Syah ibni Sultan Mansor Syah(Dinasti baginda memerintah Pahang dari
abad ke-15 hingga 1641) dan Sultan Ahmad
Al-Muazzzam Syah ibni Wan Ali(Dinasti baginda bertakhta dari tahun 1884 hingga
kini).Pengaruh kesultanan melayu melaka ini terus berkembang dengan baik dalam
tempoh yang agak lama.Kami dipengaruhi oleh pengasasan perak dan pahang dalam
setiap dasar dan segala tindakan.
Kesultanan melayu melaka adalah
penting untuk memehami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan
Melayu di tanah melayu suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan
kesedaran tantang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman
dahulu. Misalnya, kerajaan Melaka setanding dengan tamadun dunia yang lain.
Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang
lainmembuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
Dengan pemahan itu, maka dapatlah
generasi menghayati dan menghargai sejarah segaraa dan seterusnya mengukuhkan
jati diri terhadap tanah air. Naun, kekeyaan ekonomi serta kemajuan dan
ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk
menjelajah dan menduduki negara ini . Fenomena ini menjadikan tamadun Malaysia
hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya
yang membentuk rakyat Malaysia yang unggul.
RUJUKAN
Buku
1.
Abdul Rahman Haji
Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran
Islam, Damansara Utama:
Penerbitan Pena.
2. Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah
3.
Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
4.
Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik,
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
5.
Wan Abdullah bin Hj. Wan
Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun
Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM.
6.
Mardiana
Nordin (1972), Pengajian Malaysia Edisi
Kelima, Selangor: Penerbit Oxford
Fajar.
Internet
1.
Kerajaan
negeri Melaka, sejarah tentang Melaka. Diperoleh pada 10 Feb 2015 daripada
2.
MOHD NGASRI HAMDANI, Kesultanan melayu Melaka.
Diperoleh pada 20 Feb 2015 daripada http://cikgungasri.blogspot.com/
4. Siri Fironika Hj Abd
Rahman, Zaman Kkesultanan melayu Melaka. Diperoleh pada 19 feb 2015 daripada http://www.slideshare.net/ctfironika/24-zaman-kesultanan-melayu-melaka
mengapa kedudukan strategik amat penting dalam pengasasan sesebuah kerajaan?
ReplyDeleteHow to Create a Casino Account - Drmcd
ReplyDeleteHow 서울특별 출장마사지 to Create a Casino Account. How to Create a Casino Account. How to 전라북도 출장샵 Create a Casino 울산광역 출장안마 Account. How to Create a Casino 전라남도 출장샵 Account. How to 아산 출장안마 Create a Casino Account. How to