Monday, 30 March 2015

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


BAB 1 PENDAHULUAN
Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan putera rajaPalembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun 1398, Ayudhya telah membuatserangan balas ke atas Singapura. Kemuaidan, Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tamah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.Namun begitu, di dalam kajuan yang mutakhir, terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini lahir ekoran kajian yang mendalam terhadap naskhah Melayu agung, iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffles, MS18).Walau bagaimanapun, ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parasmewara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya. Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannyamenjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.






Latar Belakang
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebekum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini. Perkembangan politik Melaka pada Tahap Awal bermula apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka mulcul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China. Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari Negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi. Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya, pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormantan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya. Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China.
Masalah kajian
Dalam usaha untuk menyelesaikan kajian ini, kami telah menghadapi beberapa kesulitan. Antaranya ialah, kami tidak dapat memastikan penulisan pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan Melaka untuk kegunaan penulisan latar belakang. Oleh itu, kami bercadang untuk mencari bahan rujukan untuk mengenal pasti pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan Melaka. Kami telah mengambil tempoh yang agak lama untuk menyelesaikan masalah ini kerana bahan rujukan yang agak terhad.

Persoalan Kajian
Dalam menyelesaikan kajian ini, kami juga telah mengenal pasti beberapa persoalan.                   Antaranya ialah :
1)    Bilakah tahun sebenar berlakunya pengasasan kesultanan Melayu Melaka di tanah melayu?
2)    Siapakah pihak yang terlibat dalam pengasasan kesultanan Melayu Melaka?
3)    Bagaimanakah pengaruh kesultanan Melayu Melaka di negeri Perak dan Pahang?

Objektif kajian
Melalui kajian ini, kami dapat:
1)    Menjelaskan sejarah kesultanan Melayu Melaka
2)    Menghuraikan sejauh mana pengaruh kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang
3)    Menganalisis perbezaan peranan kesultanan Melayu Melaka dalam mempengaruhi negeri Perak dan Pahang




Kepentingan kajian
Semasa menjalankan kajian ini, kami telah mendapat banyak pengalaman daripada bahan-bahan kajian sambil membuat kajian ini kami juga dapat mengetahui sejarah tentang kesultanan Melayu Melaka. Kami telah mencari banyak maklumat tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka. Di samping itu, kami juga telah mencari maklumat tentang pengaruh pengasasan kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang. Maklumat yang kami peroleh kami jadikan sebagai bahan rujukan dalam usaha untuk menyelesaikan kajian ini.

Batasan kajian
Kajian ini dirangkumi dengan semua meklumat tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka. Kami telah mencari maklumat tentang bilakah berlakunya pengasasan kesultanan Melayu Melaka di tanah Melayu. Selain itu, kami juga telah kaji tentang kesan serta pengaruh pengasasan kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri-negeri Melayu terutamanya negeri Perak dan Pahang. Kajian kami hanya mengenai semua perkara tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka dan tidak lebih daripada itu.










Bab 2: Kaedah Kajian
Dalam usaha untuk menyelesaikan kajian ini kami telah mencari maklumat dalam pelbagai sumber rujukan antaranya:
1.Buku-buku rujukan
-Kami telah meminjam beberapa buah buku rujukan mengenai kesultanan Melayu Melaka daripada pusat sumber.
2.Internet
-Kami telah mencari maklumat dari internet dari situ kami dapat mengetahui serba sedikit tentang Kesultanan Melayu Melaka.
3.Perbincangan
-Kami berbincang dengan ahli kumpulan.Kami saling berkongsi idea dan pendapat untuk menyelesaikan kajian kami.

Kaedah kajian yang kami gunakan ialah kajian perpustakaan untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ.Sumber-sumber yang digunakan oleh kami ialah buku ilmiah,akhbar,majalah dan sebagainya.Kami juga melayari internet untuk menjalankan kajian kami.








BAB 3: Dapatan Kajian
Hasil daripada kajian kami,kami mendapat beberapa maklumat tentang Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya :
1.    Kejatuhan Melaka
2.    Pemerintahan kerajaan Melaka
3.    Melaka sebagai kerajaan agung
4.    Pengaruh kesultanan melayu melaka terhadap negeri Perak dan Pahang

Kejatuhan Melaka
Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Namun, kerajaan Melaka didapati kian merosot pada akhir abad ke-15,terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini boleh dikelaskan kepada faktor dalaman dan luaran.

Faktor-faktor Dalaman
Kelemahan pemerintahan Melaka –Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah , beliau didapati mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya , Sultan Mansur Syah. Ayahandanya seorang yang gagah,berani dan tegas,namun baginda bersikap menolak kekerasan. Oleh itu ,tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda. Hal ini menyebabkan banyak wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Keadaan bertambah buruk semasa ketakhtaan Sultan Mahmud. Baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya. Ketika pemerintahan baginda, berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam kalangan pembesar .Pengganti-Pengganti Bendahara Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau .Misalnya , Tun Perak  diganti oleh adiknya Tun Perpatih  Putih yang sangat tua dan telah tepok kakinya .Adik kepada Tun Perpatih Putih yang menggantikan abangnya pula dikatakan seorang yang boros .
             
 Kekurangan :-
1.)    Kelemahan sistem pertahanan –Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.
2.)    Kurangnya perpaduan rakyat  Melaka –Semangat perpaduan rakyat yang lemah juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak , misalnya wujud puak tua(kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman. Demikian juga wujud pertelingkahan Antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
3.)    Sikap pembesar-pembesar bersikap tidak adil seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang. Hal ini menyebabkan pedagang - pedagang menjadi marah dan mula mencari pelabuhan-pelabuhan lain seperti Aceh,Bentan,Pattani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
4.)    Pegangan agama yang lemah-Walaupun agama Islam menjadi anutan dan penyebaran utama di Melaka , namun pegangan dan penghayatan agama boleh sesetengah pembesar dan rakyat masih nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.Berlaku perkara seperti kezaliman , ketidakadilan dan penindasan terhadap masyarakat kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar juga berlelusa.

Faktor-faktor Luaran
Pertamanya ialah penemuan Tanjung Pengharapan . Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebebkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur. Pelayar-pelayar Portugis juga mendapat galakan daripada Raja Portugal,Putera Henry. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah , menyekat penguasaan dagangan pedagang-pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.Selain itu,terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja, seorang pemimpin jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis. Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Walaupun Melaka menang pada serangan pertama , namun gagal mempertahankan kotanya pada serangan kedua. Serangan Portugis pada 24 Julai 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya (yang terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera) telah berjaya menundukkan Melaka.

2. Pemerintahan Kerajaan Melaka
Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kitra dapat menggambarkan system pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam system beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam system pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’. Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’. Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskanda Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk Islam. Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakan pada waktu itu, iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan ‘nobat’. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan protocol diraja yang melibatkan alat kebesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana. Antara bahasa istana yang digunakan seperti ‘titah’, ‘patik’, ‘murka’, ‘kurnia’ dan ‘anugerah’/ Istilah-istilah lain pula seperti ‘bersiram’, ‘gering’, ‘berangkat’ dan ‘mangkat’. Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana. Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’. Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sistem empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantra, Seri Bija Diraja, bentara chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebigini membentuk ‘Sistem Kebangsawanan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, system ini melahirkan dua golongan masyarakat, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Secara keseluruhannya, system pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:
(a)  Kota Melaka
(b)  Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c)  Wilayah-wilayah taklukan
(d)  Jajahan-jajahan takluk
Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut.Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawankan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain. Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonami untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan.

3. Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hamper keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka pernah menjadi pusat perdangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategic dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah,Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.

4.    Pengaruh kesultanan melayu melaka terhadap negeri Perak dan Pahang Perak

Negeri Perak
Petempatan di Perak telah terbukti wujud seawal zaman prasejarah dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong,Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh. Terdapat juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding. Perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama ‘Gangga Negara’yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung , Perak. Pengasas kesultanan Perak adalah dari kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis. Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak, Sultan Ahmad mangkat.Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya, iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan, iaitu Puteri Onang Kening sebagai ‘Raja Muda’. Biarpun begitu,apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan putera, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.Justeru ,apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil hati dengan peristiwa ini, kemudiannya membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah. Naskhah Sulalatus salatin edisi Raffles MS18 mencatatkan bahawa selepas kemangkatan Sultan Mahmud di Kampar , Raja Muzaffar telah keluar dari negeri tersebut bersama-sama isterinya Tun Trang dan puteranya Raja Mansur ke Siak. Dari Siak mereka belayar pula ke Klang. Di Klang , mereka bertemu dengan seorang pedagang yang berasal Manjung bernama Situmi yang berdagang di Klang. Beliaulah yang membawa Raja Muzaffar ke Perak lalu ditabalkan sebagai Sultan Perak. Hal ini bermakna pada abad ke -16 keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah abad ke -17 apabila keluarga baru muncul dari Pahangdan memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pemerintah Aceh , iaitu Sultan Iskandar Muda Thani. Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh , Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawah kekuasaannya. Oleh itu , baginda telah melantik saudara sepupunya daripada keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baharu. Beliau digelar Sultan Muzaffar Syah 2. Walaupun Raja Sulong dan keluarganya menjadi keluarga pemerintah baharu di Perak , sebenarnya keluarga ini turut mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.

Negeri Pahang
Petempatan awal di Pahang juga terbukti dengan penemuan arkeologi yang merujuk pada zaman Mesolitik, Noelitik dan Gangsa. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Lembing , Tembeling dan Tresang.Nama Pahang juga turut tercatat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu dengan pelbagai nama. Mengikut catatan pengembara Arab, Eropah dan China ,Pahang ditulis sebagai‘Pam’,`Pan’,`Paam’,`Paon’,`Phaan’,`Phang’,`Pahan’,`Pan-Pan’ dan `Pan-Hang’. Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura. Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga dari Kesultanan Melaka.Sulalatus Salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda, iaitu Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun Besar kerana bermain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu , untuk membalas perbuatannya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah. Baginda kemudiannya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud. Sehingga awal abad ke-17, keturunan baginda (Sultan Muhammad) yang menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut . Implikasinya , takhta Pahang diambil alih oleh Keluarga Kesultanan Melaka- Johor , iaitu Raja Bujang. Pelantikan Raja Bujang telah memulakan dinasti baharu di Pahang, iaitu daripada jurai keturunan Kesultanan Melaka- Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad. Rombakan dan konflik berlaku sekali lagi apabila kerajaan Aceh menyerang Pahang pada tahun 1615 dan 1617 hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana, Sultan  Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Bujang di Pahang (ketidakpuasan hati ini berlaku kerana Aceh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda). Oleh itu , Pahang duduk di bawah naungan Aceh dan Raja Bujang berundur ke Johor. Aceh pula menyerang Johor pada tahun 1623. Namun kali ini, Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah 3 sekali gus sebagai Sultan Pahang . Pelantikan Raja Bujang telah menamatkan kewujudan pemerintah sendiri bagi negeri Pahang kerana Raja Bujang kini menjadi raja bagi dua buah negeri sekali gus, iaitu Johor dan Pahang. Pahang Aceh mulai merosot pada tahun 1641, apabila Sultan Iskandar Muda Thani mangkat dan takhta Aceh diambil alih oleh balunya Puteri Seri Alam yang bergelar Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah. Kerajaan Aceh didapati mulai lemah lalu membolehkan Johor  Mengukuhkan kekuasaan mereka termasuklah ke atas Pahang. Sebelum itu, ketika Johor masih di bawah pemerintahan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil Syah 3), Pahang sebenarnyya diberikan kepada anakandanya , Raja Bajau yang juga merupakan bakal sultan bagi menggantikan baginda bergelar Yamtuan Muda. Namun,sebelum sempat menduduki takhta , baginda mangkat pada tahun 1676 dan kedudukanya diganti oleh putera baginda bernama Raja Ibrahim telah ditabalkan sebagai sultan Johor-Pahang dan bersemayam di Pahang. Pada tahun 1679, baginda telah berpindah ke Riau dan kekal bersemayam di sana. Keluarga kesultanan yang memerintah Johor-Pahang ini kekal sehingga tahun 1699, iaitu sehingga kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi Melaka. Selepas ini, didapati bahawa Pahang tidak lai mempunyai kesultanan sendiri (sekalipun berkongsi). Pada tahun 1699, dinasti Bendahara pula mengambil alih pemerintahan Johor. Justeru, Sultan Abdul Jalil 4 telah melantik adindannya, Tun Abdul Jamal sebagai Bendahara dan diberikan wilayah pegangannya di Pahang. Keturunan Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Keturunan Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Dinasti Bendahara Johor di Pahang yang mengasaskan Kesultanan Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad. Beliau menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882. Biarpun begitu, baginda hanya ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah dan  kemudiannya diiktiraf oleh British pada tahun 1887. Dengan pengistiharan rasmi penggunaan gelaran sultan ini , muncullah sebuah keluarga kesultanan baharu di Pahang yang kekal sehingga ke hari ini.

BAB 4 PERBINCANGAN DAN PENUTUP


Kesultanan melayu melaka jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada pengasasan kesultanan – kesultanan melayu lain, iaitu perak dan pahang. Kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit menyebabkan parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,Siam.Setelah menewaskan peguasa parameswara bertakhta di Singapura.Pada tahun 1398,Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura dan Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di Muar,seterusnya di Sening Hujung,Bertam dan akhirnya di Melaka pada tahun 1400.Ketika Parameswara di Melaka.Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama’Malaka’.Pada pandangan yang lain Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud ’tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama.Pengaruh kesultanan melayu melaka dalam pengasasan  Perak dan Pahang terdapat beberapa kebuktian seperti penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi,terdapat juga catatan tentang kewujudan kerajaan tua dan penemuan arkeologi dan mewujudkan carta organisasi. Pengasasan Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka,apabila Melaka diserang oleh portugis.Pengasas Kesultanan Perak ialah,Sultan Muzaffar Shah,putera pemerintah terakhir Melaka,Sultan Mahmud Syah pada tahun 1528.Pengasas Kesultanan Pahang berlaku dalam dua era iaitu Sultan Muhammad Syah ibni Sultan Mansor Syah(Dinasti baginda memerintah Pahang dari abad ke-15 hingga 1641)  dan Sultan Ahmad Al-Muazzzam Syah ibni Wan Ali(Dinasti baginda bertakhta dari tahun 1884 hingga kini).Pengaruh kesultanan melayu melaka ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama.Kami dipengaruhi oleh pengasasan perak dan pahang dalam setiap dasar dan segala tindakan.
            Kesultanan melayu melaka adalah penting untuk memehami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah melayu suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tantang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, kerajaan Melaka setanding dengan tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lainmembuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
            Dengan pemahan itu, maka dapatlah generasi menghayati dan menghargai sejarah segaraa dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Naun, kekeyaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini . Fenomena ini menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk rakyat Malaysia yang unggul.

RUJUKAN
Buku
1.    Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena.

2.    Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah

3.    Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


4.    Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit   Universiti Teknologi Malaysia.


5.    Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta             Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM.

6.    Mardiana Nordin (1972), Pengajian Malaysia Edisi Kelima, Selangor: Penerbit Oxford
Fajar.


Internet
1.    Kerajaan negeri Melaka, sejarah tentang Melaka. Diperoleh pada 10 Feb 2015 daripada
2.    MOHD NGASRI HAMDANI, Kesultanan melayu Melaka. Diperoleh pada 20 Feb 2015 daripada  http://cikgungasri.blogspot.com/
3.    Shamsuri Hussin, Sejarah Melaka. Diperoleh pada  5 Jan 2015 daripada
4.    Siri Fironika Hj Abd Rahman, Zaman Kkesultanan melayu Melaka. Diperoleh pada 19 feb 2015 daripada http://www.slideshare.net/ctfironika/24-zaman-kesultanan-melayu-melaka